click me!!!!!

Tuesday 21 August 2018

RUSK

Assalamualaikum dan salam sejahtera .Sorry guys dah lama x update blog, kawan saya pinjam laptop n baru dpt kat tangan saya. So harini saya nak cerita pasal makanan yang sangat bagus untuk orang yang suka jaga makan, kepada orang tua, senang cite bgus utk semua la kecuali baby ye. Ia di panggilkan 'RUSK'.  Rusk utk baby dia lain ye.

Satu bnde la saya suka terhadap  rusk ni, dia senang bagi kenyang dan beri tenaga. Lagi best kalau makan rusk yang bercampur susu. rasanye ya Allah sedapnye!! Lagi2 ade campur susu, cengkih n bila cicah dengan kopi atau tea mmg sedap gila rasanya . Macam tu la bila ayah saya sedar dan bangun dari kena serangan jantung , makanan ini lah saya bagi 3 kali sehari untuk bg ayah tenaga dan cepat pulih dan kembali keadaan seperti biasa dalam masa sebulan setengah.

 Disebabkn saya slalu bwak ayah saya checkup di Hospital Kuala Lumpur (HKL), so saya suka beli rusk ni kat Haniffa di KL . Not bad la harga dia lbih kurang around RM 9.30 klau yg dua paket tu, klau nk try yg satu paket je dulu around RM 5.30. Tu harga yang sye beli kat Haniffa di kl, klau kat tempat lain sye x sure sbb akak saya beli kat Klang harga lagi mahal sikit . Kalau org yg kata haniffa ni jauh sgt korang boleh la g ke mana mana KK Mart utk beli rusk tp rusk ni rusk biasa shja takdela sesedap mana tapi masih lagi bgus utk kesihatan



Rusk

Ingredients



Nutrition value information

Tuesday 29 May 2018

Ubat Gigi Yang Menghindari Bau Mulut Lebih 12 Jam

Assalamualaikum dan salam sejahtera guys.. formal pulak hari ni saya bagi salam .pelik jugak saya ni.. Ok hari ni saya nak cerita pasal ubat gigi yang tak famous tp sangat bagus .. Bukan la nak cakap apa  saya ni ada bau mulut yang sangat teruk dan tak nafikan gigi saya sensitif dengan benda manis dan sejuk..saya try macam2 ubat gigi dan tak berkesan so mak dan ayah cakap pakai la ubat gigi DABUR , Apa dabur??? dabur ke dapur ni?? ye DABUR. Ubat gigi ni sangat rare nak jumpa dan boleh dapat beli kat Haniffa textiles shje
sorry la ye ubat gigi tu tgh pakai sbb tu xnmpk lawa 



harga ubat gigi yang besar harga dalam RM 7.90 dan yang kecik dalam harga RM 4 lebih. Ubat gigi ni diperbuat daripada cengkih. Cengkih ni akan hilangkan bau mulut kita dan juga boleh kurangkan sakit gigi.. Mak saya suka blend cengkih jd serbuk dan apabila sakit gigi dia amik cengkih letak di bahagian sakit tu. dan hilang la sakit tu ... tadaaaa ... 😜. Cengkih ni juga ada banyak kelebihan jugak.. jap ye saya kongsi kan


Kelebihan Cengkih ;

  • Mengatasi pening, loya dan muntah
  • Menjaga kadar bacaan jantung 
  • Meredakan batuk yang teruk
  • Cengkih membunuh kuman supaya tak dijangkiti infeksi
  • Mengatasi jerawat
  • Menjadi conditioner untuk rambut 
  •  Megandungi antioksidan yang tinggi seperti mineral, kalium, natrium, fosfor, besi, dan vitamin A dan C


Haniffa setakat saya taw ade banyk branch. Yang saya taw di Masjid India, Klang dan lain lain google ye semua.. memang saya tak taw 

Saturday 26 May 2018

cara hindari period pain

Hii guys. dah berapa hari x post apa apa ni.. rindu iols x???  Kikiki saje je gurau. Ok hari ni saya nak cerita pasal period pain atau dikatakan sebagai senggugut. Apa itu period pain? period pain ni dikatakan sebagai sakit paling sakit yang dialami oleh perempuan setiap bulan pada hari pertama hingga ke hari ketiga. Pening kalau saya nak bayangkan pasal period ni sakit dia perempuan je taw . Tapi kadang2 ade jugak perempuan chillax je time period tak pernah sakit langsung ..Pelik kan ? memang pelik pun tapi untung la mereka. Saya first period samapai habis spm tak pernah rasa sakit period ni..Syok gila tapi lps habis SPM saya mula rasakan sakit ni ....ergghhhh :) Kalau nak taw sakit tu rasa macam mana pinggang sakit, perut macam kena tarik.. Semua sakit la senang cakap. Sekarang ni saya dah explain macam mana sakit senggugut . 

Sekarang saya nak explain kenapa kita sakit sengugut.  Mesti la kalau senggut ni sakit berpunca dari hormon. So selalunya kita akan makan pain killer panadol yg warna pink kan. Tapi actually kan sakit period punca dari hormon yang tak stabil . Apa patut kita buat untuk halangnya? Eat Evening Primrose Oil.  Pasti tertanya- tanya takkan makan supplement ni boleh ok? Yes it is sebab supplement kandungan GLA ni balancekan hormon kita supaya kurangkan sakit period. Evening Primrose Oil ni bukan sahaja mengurangkan sakit period malah ade banyak lagi.. Jap eh saya kongsikan kelebihannya sedikit.


Kelebihannya adalah ;
  •  Membantu mengurangkan ekzema
  •  Mengawal masalahkulit seperti alahan, keradangan, kulit menggelupas dan lain2
  • Mengawal paras kolestrol dan jantung
  • Membaiki rambut yang rosak dan gugur
  • Mengurangakn sakit sendi
  • Memberi tenaga
  • Mengawal dan membantu untuk mengurangkan berat badan


Evening Primrose Oil 1000mg









Kandungan GLA 100mg cukup untuk baiki hormon wanita



  
Selalunya harga Evening Primrose Oil ni dalam harga rm126++ tapi hari tu saya tengokpharmacy dari Pahang jual RM50++ so saya beli dan check memang ubat tu certified by Government.









Thursday 24 May 2018

Apa Akan Berlaku Bila Minum Air Kelapa Campur Garam??




TAHUKAH ANDA APA AKAN BERLAKU APABILA MINUM AIR KELAPA  CAMPUR SECUBIT GARAM 
Info yang sangat berguna .biasanya la kan kita semua pikir minum air kelapa ni hanya untuk kurangkan panas dalam badan shja . tp sebenarnye banyak benefit dapat peroleh dengan meminum air kelapa  ni. air tersebut bagi semngat untuk Oxygen dalam darah serta badan supaya dapat  membangkit balik .ia juga membantu organ dalam badan seperti hati,  jantung, mata serta mengeluarkan panas dalam badan . Air tersebut  boleh diminum berapa banyak kuantiti walaupun ade penyakit diabetes, malaria, demam kuning, demam campak (chicken pox). Jikalau makanan tak dihadam , atau perut tak selesa boleh minum air kelapa campur secubit garam untuk membantu menghadamkannya. Apabila cuaca panas terik air kelapa tersebut dapat menghilangkan panas dlm badan dan bg bertenaga . akhir sekali air kelapa juga bagus utk org sakit pundi kencing.



Tuesday 15 May 2018

hilangkan jerawat dan kesan jerawat

Hi everyone! hari ni saya nak cerita pasal jerawat pulak. Ishhhhh!!!!  dengar nama jerawat je menyampah,sakit hati semua la senang cite. Saya pun dulu jerawat teruk penuh pipi saya pun try produk mercury terus flawless iols rasa best je ..haa sekali saya sambung belajar biasa la jadi student sesak duit so tak dapat la nak beli produk merkuri yang mahal tu dr situ start la muka jd teruk keluar  jerawat balik, muka kusam dan jadi gelap .try la produk klinik pharmacy nothing can dissolve my solution. so saya biarkan je la cam tu.

Setelah tamat belajar saya research pasal jerawat tak dapat solution jugak dan akhirnya saya teringin pulak nak try face wash Himalaya Neem pack
Himalaya Neem Face Wash



saya try pakai neem wash and yes! it works. jerawat saya mula kurang and jarang tumbuh dan bekas jerawat masih ada . disebabkan bekas jerawat ada lagi so mak saya suruh pakai kunyit dan yogurt . saya pun ikut cakapnye dan hasilnye WOW! pakai setiap hari dan boleh kata instant result gitu 
 . boleh pakai kunyit hidup atau serbuk temu lawa a.k.a serbuk kunyit


serbuk kunyit dijual dikedai around rm3.90

serbuk kunyit dibuat sendiri dirumah

yogurt 

kelebihan  kunyit untuk muka:
  1. Merawat jerawat
  2. Mengawal dari kulit dari berminyak
  3. Mengurangkan kedutan dan mencegah penuaan 
  4. Mengatasi dan mengurangi pigmentasi
  5. mengurangkan bulu pada muka
  6. Mengurangkan keguguran rambut
  7. Mengurangkan kerak di tumit dan siku
  8. Mengangkat sel kulit mati
  9. Merawat jerawat
  10. Mengawal dari kulit dari berminyak
  11. Mengurangkan kedutan dan mencegah penuaan 
  12. Mengatasi dan mengurangi pigmentasi
  13. Mengurangkan bulu pada muka
  14. Mengurangkan keguguran rambut.
  15. Mengurangkan kerak di tumit dan siku
  16. Mengangkat sel kulit mati


Saturday 27 January 2018

Sakit telinga berdenyut

 Pernah tak mengalami rasa sakit telinga? Ouch!!!! sakitnya. Tuhan je tahu sakit tu macam mana. Saya memang sering sakit telinga selalunya sebab earwax keras . Saya pun macam biasa la pergi ke klinik dan bagitahu doctor yang saya demam dan selsema selama seminggu dan kepala rasa berat. Disebabkan itu, telinga saya sakit . Doctor pun cakap la sebab dalam badan panas sangat .Saya pun makan la ubat doctor bagi tu.

antaranya ialah; 

Otek-p ear drop (infection  telinga)
cetrizine 10mg
vibramycin
ponstan 500mg

dekat seminggu jugak la saya makan ubat sampai anitibiotik habis tapi telinga tu masih tidak dengar tapi sakit tu kurangla disebabkan painkiller. Bila  saya baca kat google lagi menyeramkan so saya pun buat keputusan untuk berjumpa pakar klinik telinga .search kat google paling review yang bagus poliklinik Mallal di Brickfields. Doctor kata telinga saya berbentuk lurus so senang masuk air,sebab tu la selalu sakit telinga dan jadi infeksi dan tersumbat. So Doctor cadangkan saya bila mandi pakai bende yang sumbat pada telinga dan doctor bagi saya spray hidung untuk keluarkan sumbat dalam telinga   









spray hidung untuk keluarkan air yang tersumbat di telinga



Air yang tersumbat belakang tympanic membrane. Diberikan ubat hidung supaya air tu dikeluarkan melalui auditory tube.